Injuri dada
Penyebab injuri dada
Trauma tumpul – pukulan tumpul kepada dada
Trauma penembusan – projectile / benda memecut yang menyebabkan lubang kecil atau besar dan memasuki dada
Injuri kompresi – dada ditekan antara dua objek
Injuri dari penyedutan
Aspirasi benda asing

Jenis jenis injuri dada
Pnemothorax / pneumotoraks
Pneumothorax adalah udara dalam kaviti pleura

Haemothorax / hemotoraks
Haemothorax adalah pengumpulan darah di dalam kaviti pleura.

Flail chest
Flail chest adalah kepatahan beberapa tulang rusuk yang menyebabkan pernafasan paradoksikal iaitu apabila pesakit menyedut, toraks bergerak ke dalam dan apabila pesakit menghembus, toraks bergerak ke luar.

Patofisiologi injuri dada
Akibat injuri dada, pendarahan berlaku dan ini menyebabkan  hipovolemia. Ventilasi paru paru terganggu akibat kurang perfusi tisu  paru paru dan perubahan tekanan di dalam toraks. Oksigen yang tidak cukup ke tisu dan ini menyebabkan hipoksia tisu dan hipercabia / peningkatan karbon dioksida. Asidosis respiratori iaitu asid berkumpul disebabkan ventilasi tidak mencukupi. Asidosis metabolik akibat hipoperfusi tisu dan renjatan

Asesmen injuri dada
Mengambil sejarah
Tanya pesakit jika beliau:
-mengalami dispnea secara tiba tiba dengan kesakitan pleuritic yang tajam pada bahagian paru paru terlibat
-sejarah penyakit dahulu iaitu asma atau pneumotoraks
-merasa takikardia
 
Asesmen fisikal
Lihat / look:
kadar pernafasan dan kedalaman, asimetri / imbang dinding dada untuk trachea deviation, pergerakan dada paradoxical / bertentangan, pergerakan dua dada yang sama, lebam, tanda tali kerusi atau tire, luka penembusan
Merasa:
ketenderan pada dinding dada, fraktur dada, subcutaneous emphysema / udara di bawah kulit
Dengar:
Bunyi pernafasan normal dan sama di dua belah paru paru pada apeks, axillae dan belakang dada
Perkus / tepuk:
Kedua belah dada untuk dullness atau resonance

Penyiasatan diagnostik
X ray dada:
trauma tumpul untuk mengecualikan keadaan seperti hemotoraks
trauma penembusan untuk mengecualikan keadaan seperti luka peluru, hemotoraks, pneumotoraks
Ultrasound untuk mengenalpasti darah dalam peritoneum, pericardium, hemotoraks
Arterial blood gas untuk kestabilan haemodynamic

Manifestasi klinikal injuri dada
Kesakitan dada dan ketenderan dinding dada
Lebam
Kebengkakan
Dispnea – dada gagal mengembang dengan sempurna, tulang rusuk berbunyi, hemoptysis
Air hunger – menggunakan otot aksesori, tracheal deviation / sisihan trakea, sianosis, vena leher bengkak / tension pneumothorax, tamponade
Pergerakan dada paradoxical
Bunyi pernafasan berkurang, hyperresonance apabila diperkus / closed atau tension pneumothoraxs
Bunyi jantung berkurang
Terdapat benda asing
Terdapat luka penembusan

Pengurusan injuri dada
Injuri terbuka: thoracotomy dan pneumonectomy
Torakotomi: insisi dan akses kepada struktur struktur di dalam kaviti torasik
Pneumonektomi: perbuangan sebelah paru paru
Injuri tertutup: under water seal

Komplikasi injuri dada
Pneumothorax:
pneumothorax tension – kecerderaan paru paru menyebabkan udara memasuki searah dari paru paru ke kaviti pleura  dan akan  semakin meningkat
pneunothorax open – lubang pada dada yang menyebabkan  udara dari persekitaran masuk ke kaviti pleura
pneumothorax spontaneous – udara dalam kaviti pleural akibat penyakit atau idiopathic
hemothorax – darah di dalam kaviti pleura
rib fracture – kepatahan tulang rusuk
flail chest – kepatahan berlaku kepada beberapa tulang rusuk dan menyebabkan pernafasan paradoxical
pulmonary contusion – kekoyakan pada capillary dan venules paru paru yang menyebabkan pendarahan minor
traumatic asphyxia – tercekik jenis trauma menyebabkan hipoksia dan hypercapnia
blunt myocardial injury – injuri tumpul sampai ke jantung
pericardial tamponade – cecair di dalam pericardium iaitu lapisan luar jantung


Intervensi kejururawatan
Kesakitan: perubahan keselesaan berkaitan injuri dada
A.Kejururawatan
1.Sokongan emosi
Berikan sokongan emosi seperti memberitahu pesakit apakah penjagaan yang dijalankan untuk menenangkan pesakit dari segi fikiran dan fisikal
2.Teman          
Biarkan seorang menemani pesakit untuk mengurangkan kesakitan secara mental
3.Rehat
Rehatkan pesakit untuk mengurangkan kesakitan
4.Posisi
Posisikan pesakit secara Fowler’s yang akan menyenangkan pernafasan dan mengurangkan kesakitan
5.Persekitaran terapeutik
Adakan persekitaran terapeutik seperti persekitaran sunyi supaya pesakit dapat berehat
6.Underwater seal drainage
Pantau bahawa UWSD berfungsi untuk mengurangkan tekanan dalam kaviti pleural dan kesakitan akibat darinya
8.Tanda vital
Ambil tanda vital setiap 4 jam iaitu suhu badan, nadi, pernafasan dan tekanan darah. Dalam keadaan sakit, pesakit akan menunjukkan suhu badan lebih dari 36.4 darjah celsius, nadi lebih dari 84 seminit, pernafasan lebih dari 24 seminit dan tekanan darah lebih dari 120/80.
9.Penjagaan tradisi
Benarkan pesakit mendapatkan penjagaan tradisi selepas mendapatkan kebenaran dari doktor dan jika tidak berkontraindikasi
10.Ases
Ases tahap kesakitan pesakit untuk mengetahui keberkesanan rawatan kepada beliau seperti pesakit kurang mengadu tentang kesakitan dan kelihatan tenang.
B.Rawatan
11.Analgesia
Berikan analgesia IV Tramal 50 mg tds atas arahan doktor untuk menghentikan kesakitan
 
Potensi perubahan corak pernafasan
1.Rehat
Rehatkan pesakit sebab sebarang kerja akan meningkatkan daya kerja paru paru
2.Posisi
Posisikan pesakit secara Fowler’s untuk melancarkan proses pernafasan
3.Fisioterapi
Ajar pesakit bagaimana bernafas secara biasa untuk mengelak perubahan corka pernafasan seperti senaman pernafasan dalam
4.Oksigen
Berikan oksigen 2 hingga 3 liter seminit atas arahan doktor sebab kekurangan oksigen akan mengubah corak pernafasan pesakit
5.Penyedutan
Lakukan penyedutan sekresi dengan berhati hati sebab sekresi boleh menyekat salur pernafasan pesakit
6.Tanda vital
Pantau tanda vital setiap 4 jam. Kadar pernafasan lebih dari 24 seminit dan kadar nadi lebih dari 84 seminit menandakan takipnea dan masalah fungsi paru paru.
7.Keadaan pesakit
Nilai keadaan pesakit secara kerap. Pesakit yang menunjukkan dispnea, sianosis dan gelisah menandakan masalah pernafasan.
8.Keputusan siasatan
Monitor keputusan siasatan seperti jika keputusan ABG menunjukkan PaO2 berkurangan yang bermaksud pesakit mengalami masalah pernafasan
9.Lapur
Lapur kepada doktor dengan segera untuk tindakan jika keadaan pesakit menjadi teruk
10.Thoracentesis / UWSD
Sediakan troli untuk doktor melakakan prosedur thoracentesis atau UWSD agar pesakit dapat bernafas secara normal
11.Dressing
Aplikasikan dressing pada luka lubang dada dengan segera untuk mengurangkan kejadian pneumothorax
 
Perubahan keluaran kardiak berkaitan dengan hemoraj internal / pergerakan mediastinal
1.Rehat
Rehatkan pesakit untuk mengurangkan hemoraj dan daya kuncupan jantung
2.Posisi
Posisikan pesakit secara Fowler’s untuk meluaskan ruang toraks dan mendapatkan oksigen mencukupi kerana ini membantu dalam kerja jantung
3.Cardiac monitor
Pantau pesakit menggunakan cardiac monitor untuk mengenalpasti renjatan kardiak yang boleh berlaku akibat perubahan keluaran kardiak
4.Tanda vital
Ases tanda vital pesakit setiap 15 minit iaitu nadi, pernafasan, tekanan darah dan suhu badan. Pesakit akan mengalami renjatan akibat perubahan keluaran kardiak
5.IVD
Monitorkan aliran cecair IVD untuk mengelak cardiac overload kerana ini akan menerukkan keadaan keluaran kardiak
6.Transfusi darah
Pastikan transfusi darah dijalankan seperti diarahkan oleh doktor untuk memenuhi keperluan badan yang berkurangan disebabkan perubahan keluaran kardiak
7.Central venous pressure / CVP
Dapatkan bacaan CVP untuk memastikan keluaran kardiak adalah mencukupi. CVP normal adalah 2 – 6 mmHg
8.Pembedahan
Sediakan pesakit untuk pembedahan supaya fungsi kardiak kembali ke asal
 
Soalan
Pesakit dengan injuri dada besar kemungkinan menunjukkan pernafasan jenis ini.

a Kussmul
bWheezing
c Paradoxical
d Cheyne Stoke


Encik K telah terlibat dalam kecelakaan jalanraya dan di bawa ke jabatan kecemasan.
Anda terus menjalankan asesmen ke atas Encik K.
Apakah asesmen injuri dada yang anda perlu lakukan ? ( 8 markah ) 
Anda ternampak luka pada dada Encik K dan mensyaki bahawa beliau sedang mengalami injuri dada.
Nyatakan jenis jenis  injuri dada. ( 6 markah )
Tanda vital Encik K menunjukkan beliau mengalami perubahan keluaran kardiak berkaitan dengan hemoraj internal / pergerakan mediastinal.
Terangkan intervensi perawatan yang anda akan jalankan untuk mengatasi masalah ini.
( 6 markah )