Tracheostomy
Definisi tracheostomy adalah insisi di bahagian leher depan untuk membuat saluran ke dalam trakea. Stom bermaksud mulut.

Indikasi tracheostomy
Menyenangkan dispnea dan sekatan salur pernafasan:
-benda asing dalam salur pernafasan
-infeksi akut salur pernafasan
-edema salur pernafasan
-kelumpuhan korda vokal berikutan injuri
-tumor korda vokal
-trauma salur pernafasan
Memperbaiki fungsi respiratori dan menyenangkan penyedutan sekresi akibat infeksi atau injuri
-bronkopneumonia kronik
-bronkitis dengan emfisema
-injuri dada
Kecerderaan saraf respiratori, paralisis otot dada, mengelak aspirasi sekresi, yang perlukan ventilator untuk bernafas:
-ketidaksedaran berkaitan injuri kepala
-keracunan barbiturate
-poliomielitis
-tetanus
Jenis jenis tiub trakeostomi
Cuffed tube with disposable inner cannula
Cuffed tube with resusable inner cannula
 – untuk ventilation jenis closed circuit / mengekalkan ventilasi dan oksigen serta menyenangkan penyedutan sekresi
Cuffed tube with disposable inner cannula
Cuffed Tube with Reusable Inner Cannula
-untuk pesakit yang mengidapi masalah tracheal dan pesakit untuk decannulation / mengeluarkan cannula
Fenestrated Cuffed Tracheostomy Tube
- untuk pesakit yang dipasang kepada ventilator tetapi tidak tahan jenis yang mempunyai speaking valve
Fenestrated Cuffless Tracheostomy Tube
-untuk pesakit mengalami kesukaran menggunakan jenis speaking valve
Metal Tracheostomy Tube
Tidak biasa digunakan

Persediaan untuk trakeostomi elektif / kecemasan
Asesmen fisikal sebelum pembedahan elektif
Sejarah perubatan
Faktor melambatkan penyembuhan luka pembedahan seperti kurang nutrisi, steroid, radiasi, kemoterapi, minuman keras, alkohol, diabetes, ubat seperti vitamin, jamu, makanan tambahan, alahan seperti kepada glove

Pemeriksaan fisikal
Rupa umum - kulit sihat, dapat berjalan, berdiri
Jantung - apeks beat, murmur, penyakit jantung, kadar irregular
Paru paru - bunyi crackles, wheeze, kurang bunyi pernafasan
Kepala dan leher - masalah kerongkong, tonsil, gigi, gusi, telinga, hidung, sinus, mata, nodus limfa, tiroid, arteri karotid
Abdomen - percussion untuk cecair abdomen, saiz hepar
Neurological - kekuatan otot, refleks, imbangan, status mental
Dermatologikal - kulit, kuku
Anggota badan - perubahan fisikal dan sensori, nadi tangan dan kaki
Wanita - masalah payu dara dan pelvis seperti kanser serviks
Lelaki - organ pembiakan, penyakit kelamin
Lesi - saiz, lokasi, dekat parut lama, dekat bahagian yang membahayakan
Keabnormalan pada badan seperti kecacatan

Penyiasatan- hematocrit, clotting profile, FBC, BUSE, G X M, Urine FEME, Chest x ray, ECG
 
Penyediaan kulit mengikut protokol hospital, pencucian tempat pembedahan dengan
 
antiseptik
 
Penyediaan bowel- enema, washout
Posisi dan letakkan tuala tergolong antara skapula

Penyediaan psikologikal
- mengambil consent
- pendidikan pesakit -beritahu pesakit tentang pembedahan, masa diambil
-mendengar luahan pesakit
-peralatan yang akan digunakan ke atas beliau seperti pilihan tiub dada, IVD, tiub saliran, alat pemonitoran
-NPO
-medikasi termasuk analgesia, pain controlled analgesia / PCA, medikasi pra pembedahan setengah  jam sebelum prosedur

Komplikasi tracheostomy
Peringkat awal:
-sekatan tiub trakeostomi oleh darah, pembekuan darah, mukus dan tekanan dinding salur pernafasan
-pneumothorax, pneumomediastinum, subcutaneous emphyesema
-kecerderaan kepada esofagus, saraf korda vokal

Peringkat lewat:
Tiub tracheostomy tercabut / decannulation
Infeksi
Kecerderaan salur pernafasan akibat tekanan tiub, bakteria, parut, hakisan oleh tiub

Peringkat delayed bagi pesakit yang menggunakan tiub trakeostomi untuk jangka masa panjang:
Tracheomalacia / kelemahan dan kelembutan rawan trakea
Tracho-esophageal fistula / laluan antara trachea dan esophagus
Tisu granulasi
Penyempitan salur pernafasan di atas paras tracheostomy

Intervensi kejururawatan
Masalah komunikasi verbal
Pen dan kertas
Loceng
Cakap di depan pesakit
Cakap perlahan
Guna bahasa mudah difahami
Bahasa isyarat
Guna tiub tracheostomy jenis bercakap
Tutupkan tiub trakeostomi sementara untuk bercakap
Benarkan teman

Potensi infeksi
Monitor tanda vital
Pantau tanda tanda infeksi
Lakukan dressing secara teknik aseptik
Berikan profilaktik antibiotik
Kekalkan kebersihan pesakit secara umum
Berikan makanan seimbang
Galakkan pesakit minum
Adakan persekitaran bersih

Perubahan imej badan
Pakai baju yang sesuai
Kenalkan pesakit kepada pesakit yang mempunyai masalah sama
Rujuk kaunselor
Libatkan diri dalam aktiviti yang akan mengalihkan fokus dari masalah
Fokus lebih kepada kekuatan diri

Kelawasan salur pernafasan tidak berkesan
Pencucian
Cucikan tiub tracheostomy secara teknik aseptik untuk membuang sekresi yang keras dan lekit
Penyedutan
Lakukan penyedutan apabila kedengaran sekresi banyak dan sekresi berada di tiub untuk melawaskan salur pernafasan
Rehat
Rehatkan pesakit untuk mengurangkan penghasilan sekresi
Posisi Fowler’s
Posisikan pesakit secara Fowler’s untuk meluaskan ruang toraks dan menyenangkan ventilasi paru paru
Nebulizer
Berikan nebulizer normal saline 3mls: atrovent 2mls: ventolin 1 ml untuk mencairkan kahak, mendilatkan salur pernafasan dan mengurangkan sekresi.
Bronchodilator
Berikan Tablet Salbutamol 4 mg tds untuk mendilatkan salur pernafasan
Ases
Ases tahap ketidaklawasan salur pernafasan untuk tindakan contoh doktor mungkin akan membuat tracheostomy semula jika lubang tracheostomy adalah terlalu sempitPenyedutan tracheostomy
Penyedutan tracheostomy adalah penyedutan mukus dan sekresi dari trakea melalui tiub trakea.

Indikasi
Sekresi kelihatan pada tiub
Sekresi kedengaran
Tiub tersekat
Batuk yang tidak bekesan
Muntah
Perubahan tekanan ventilator
Minta prosedur dilakukan

Tanggungjawab dalam melakukan penyedutan trakeostomi
Penerangan
Berikan penerangan kepada pesakit supaya beliau faham dan akan memberi kerjasama
Cuci tangan
Lakukan aseptic handwashing untuk mengurangkan seberapa banyak jumlah kuman pada tangan
Berikan oksigen
Berikan oksigen dahulu untuk mengoksigenasikan tisu sebab penyedutan akan turun paras oksigen dalam badan
Posisi high Fowler’s
Saiz catheter adalah penting
Lakukan suction dengan kehadiran inner cannula untuk mengelak kecerderaan
Kenalpasti dominant hand sebagai tangan steril untuk memegang kateter steril
Masukkan kateter hingga terdapatnya rintangan. Keluar sedikit sebelum menyedut
Penyedutan tidak boleh melebihin 10 saat
Buang kateter setiap kali digunakan
Rekod
Lapur kepada doktor jika kateter tidak dapat masuk tiub trakeostomi atau pendarahan semasa penyedutan

Komplikasi penyedutan trakeostomi
Hipoksia
Trauma
Infeksi
Disritmia