Kemasukan tiub dada
Definisi kemasukan tiub dada adalah kemasukan satu tube khas yang lembut ke dalam ruang pleura untuk mengalirkan darah, cecair dan udara supaya paru paru dapat kembang dan kempis seperti biasa.
.
Indikasi
Pneumothorax iaitu pengumpulan udara dalam kaviti pleural
Hemothorax iaitu kehadiran darah di dalam pleura
Hydrothorax iaitu pengumpulan cecair serous / plasma di dalam ruang pleural
Chylothorax iaitu koleksi cecair limfatik di dalam ruang pleural
Pleural effusion iaitu akumulasi cecair dalam ruang pleural
Empyema iaitu infeksi pyogenic / nanah di antara lapisan visceral dan parietal
Pos pembedahan contoh torakotomi, esofagektomi, surgeri kardiak
.
Persediaan membantu kemasukan tiub dada
Kukuhkan penerangan tentang prosedur kepada pesakit untuk mendapatkan kerjasama dari beliau.
Pastikan bahawa doktor telah mendapat informed consent dari pesakit untuk mengelak implikasi medikolegal.
Sediakan troli dan saiz tube dada yang sesuai  untuk melancarkan prosedur.
Monitor keputusan x ray dada supaya doktor dapat mengenalpasti lokasi kemasukan tiub dada.
Monitor keputusan spesimen darah seperti hemoglobin untuk transfusi darah jika pendarahan kuat berlaku akibat prosedur.
Pastikan group and cross match dan simpanan darah untuk pesakit jika transfusi darah diperlukan untuk beliau.
Monitor pengaliran cecair intravena iaitu langkah untuk merawat renjatan yang mungkin berlaku akibat prosedur ini.
Dudukan pesakit dengan disokong oleh meja kardiak dan tangan pesakit di angkat untuk meluaskan ruang toraks bagi menyenangkan kemasukan tiub dada.
Pasangkan oksigen 2 hingga 3 liter seminit atas arahan doktor untuk memenuhi keperluan badan oksigen yang mungkin terganggu akibat prosedur ini.
Berikan sedatif seperti IM Tramal 50 mg stat dan Tablet Valium 5 mg stat atas arahan doktor untuk menenangkan pesakit dan mendapatkan kerjasama beliau.
Nasihat pesakit berkencing untuk keselesaan semasa prosedur
Beri privasi kepada pesakit untuk mengelak memalukan beliau
.
Tanggungjawab kejururawatan dalam kemasukan tiub dada
Buka peralatan prosedur secara teknik aseptik untuk mengelak pencemaran peralatan steril.
Jalankan prosedur ini menggunakan prinsip asepsis untuk mengekalkan steriliti prosedur.
Dudukan pesakit dengan disokong oleh meja kardiak dan tangan pesakit di angkat untuk meluaskan ruang toraks bagi menyenangkan kemasukan tiub dada.
Arahkan pesakit berhenti bernafas seketika,  jangan batuk atau bergerak secara tiba tiba apabila doktor memasuki tiub untuk mengelak tiub mencederakan paru paru
Bantu doktor dalam prosedur seperti memberi local anaethesia, menyambung tiub dada ke underwater seal drainage botol, menahan pesakit, mengambil spesimen cecair, memberi sokongan emosi
Perhatikan pesakit, tanda vitalnya, keadaan seperti sianosis, kesakitan dan beritahu doktor
Arahkan pesakit batuk untuk melihat fluctuation / naik turun cecair dalam tiub UWSD yang menandakan tiub berfungsi
.
Selepas prosedur
Posisikan pesakit secara Fowler’s untuk mengembangkan paru paru
Ambil tanda vital untuk mengenalpasti renjatan
Periksa UWSD untuk kefungsian sistem
Pastikan keselamatan UWSD dengan mendekatkan dua forsep arteri dekat dengan tiub dada untuk mengepitkannya jika tercabut
Ajarkan pesakit senaman pernafasan untuk mengembalikan kefungsian sistem pernafasan
Pantau aliran cecair IVD untuk memenuhi keperluan cecair badan
Monitor keputusan x ray dada untuk memastikan tiub dada dalam posisi yang diingini
Dokumentasikan prosedur untuk mengetahui progres pesakit
Bantu pesakit dengan ADLnya
Teruskan ubatan seperti diarahkan oleh doktor seperti Tramal dan antibiotics
Periksa keadaan pesakit seperti kesakitan, sianosis, dispnea dan lapurkan kepada doktor segera untuk mengelak komplikasi seperti kecerderaan paru paru
Lakukan penyedutan pada botot UWSD jika diarahkan dan under keadaan seperti cecair yang terlalu pekat keluar dari pleura
.
Komplikasi kemasukan tiub dada
Akut:
Haemothorax akibat kekoyakan salur darah intercostal
Laserasi peparu
Kecerderaan pada diafragma, gaster, colon
Tiub berada di lapisan subkutaneus, terlalu mendalam, terlalu luar
Kemudian:
Tiub tersekat oleh beku darah
Pengumpulan darah
Empiema
UWSD pecah
.
Perubahan keselesaan: kesakitan berkaitan dengan kemasukan tiub dada
A.Kejururawatan
1.Sokongan emosi
Berikan sokongan emosi seperti mendengar luahan pesakit untuk mengurangkan ketidakselesaan  secara mental
2.Teman                  
Biarkan seorang menemani pesakit untuk mengurangkan ketidakselesaan secara psikologi
3.Rehat
Rehatkan pesakit untuk mengurangkan ketidakselesaan
4.Posisi
Posisikan pesakit secara Fowler’s yang akan menyenangkan pernafasan dan mengurangkan ketidakselesaan
5.Persekitaran terapeutik
Adakan persekitaran terapeutik seperti persekitaran sunyi supaya pesakit dapat berehat
6.Underwater seal drainage
Pantau bahawa UWSD berfungsi untuk mengurangkan tekanan dalam kaviti pleural dan ketidakselesaan akibat darinya
8.Tanda vital
Ambil tanda vital setiap 4 jam iaitu suhu badan, nadi, pernafasan dan tekanan darah. Dalam keadaan ketidakselesaan, pesakit akan menunjukkan suhu badan lebih dari 36.4 darjah celsius, nadi lebih dari 84 seminit, pernafasan lebih dari 24 seminit dan tekanan darah lebih dari 120/80.
9.Penjagaan tradisi
Benarkan pesakit mendapatkan penjagaan tradisi selepas mendapatkan kebenaran dari doktor dan jika tidak berkontraindikasi
10.Ases
Ases tahap kesakitan pesakit untuk mengetahui keberkesanan perawatan kepada beliau seperti pesakit kurang mengadu tentang ketidakselesaan dan kelihatan tenang.
B.Rawatan
11.Analgesia
Berikan analgesia IV Tramal 50 mg tds atas arahan doktor untuk menghentikan ketidakselesaan dan kesakitan
.
Potensi corak pernafasan yang tidak berkesan
1.Rehat
Rehatkan pesakit sebab sebarang kerja menyebabkan perubahan corak pernafasan seperti takipnea
2.Posisi
Posisikan pesakit secara Fowler’s untuk meluaskan ruang toraks dan membantu pesakit bernafas secara biasa
3.Fisioterapi
Ajar pesakit bagaimana bernafas secara biasa seperti senaman pernafasan dalam untuk mengelak perubahan corak pernafasan
4.Penyedutan
Lakukan penyedutan sekresi dengan berhati hati sebab sekresi boleh menyekat salur pernafasan pesakit dan menyebabkan corak pernafasan yang tidak berkesan
5.Tanda vital
Pantau tanda vital setiap 4 jam. Kadar pernafasan lebih dari 24 seminit dan kadar nadi lebih dari 84 seminit menandakan takipnea iaitu salah satu gangguan corak pernafasan.
6.Keadaan pesakit
Nilai keadaan pesakit secara kerap. Pesakit yang bernafas secara luar biasa akan menunjukkan dispnea, sianosis dan gelisah.
7.Keputusan siasatan
Monitor keputusan siasatan seperti jika keputusan ABG menunjukkan PaO2 berkurangan, ini bermaksud pesakit mengalami corak pernafasan yang tidak berkesan
8. Thoracentesis / UWSD
Pastikan paras dalam tiub UWSD fluctuate kerana tanpa fluctuation ini, corak pernafasan pesakit akan menjadi tidak berkesan
9.Lapur
Lapur kepada doktor dengan segera untuk tindakan jika keadaan pesakit menjadi teruk
10.Oksigen
Berikan oksigen 2 hingga 3 liter seminit atas arahan doktor sebab kekurangan oksigen akan mengubah corak pernafasan pesakit
.
Potensi infeksi berkaitan dengan kemasukan tiub dada
Tanda vital
Pantau tanda vital setiap 4 jam untuk mengenalpasti infeksi iaitu suhu badan akan melebihi 36.8 darjah celsius dan kadar nadi melebihi 84 seminit
Tanda tanda infeksi
Periksa untuk tanda tanda infeksi seperti kemerahan kulit di sekeliling tembukan tiub dada
Cecair pleura
Monitor sifat cecair dari pleura seperti cecair yang keruh menandakan infeksi.
Dressing
Lakukan dressing secara asepsis untuk mengelak jangkitan melalui tiub dada
Teknik asepsis
Amalkan teknik asepsis secara tegas semasa membuat prosedur steril untuk mengelak jangkitan kepada pesakit
Hydrasi
Pastikan hidrasi pesakit adalah pada tahap memuaskan sebab cecair diperlukan untuk mengkumuhkan toksin kuman
Nutrisi
Berikan pesakit nutrisi tinggi karbohidrat, protin dan vitamin untuk membina daya tahanan badan.
Pendidikan pesakit
Berikan pesakit pendidikan kesihatan seperti kebersihan diri untuk mengurangkan jumlah mikrob pada badan
Antibiotik
Berikan antibiotik seperti IV Ampicillin 1 gm QID untuk membunuh mikroorganisma